Sunday, August 5, 2012

spread the LOVE! RUMAH SERI KENANGAN SEREMBAN

Alhamdulillah, majlis berbuka puasa 'Pautan kasih jalinan sayang' telah berjalan dgn jayanya di Rumah Seri Kenangan, Seremban di bawah anjuran Jawatankuasa Perwakilan Kolej Uitm Melang.



Perjalanan program yang dirancang amat ringkas jika dilihat dari kertas tentatifnya, namun apabila diri ini yang menjalani, mendekati, dan mendakap sendiri penghuni-penghuni Rumah Seri Kenangan ini, perasaan yang timbul ketika itu tak dapat diungkap, diterjemah dan diolah dengan kata-kata. :'(


Argghh. kenapa sadis sgt ayat aku ni?. hehe. Then, kenapa rasa format entry kali ini macam laporan program? haha. mungkin kerja s/u sudah sebati dgn diri aku. (bajet gilaa) =.=


Done merepek. Okay my readers, :) pada 3 ogos yang lepas, alhamdulillah Allah telah memberi peluang kepada saya dan rakan-rakan untuk merasai pengalaman berbuka puasa bersama warga tua di rumah Seri Kenangan ni. Tahap excited nak pergi event ni mmg dah sampai tahap dejavu di kinabalu laah. sbb sanggup iron baju kurung 1 hari sebelum event. hehe. Tak sabar punya pasal. :D


Setiba sahaja kami semua sampai di lokasi kejadian (mcm forensik la pulak) dalam pukul 4.40 ptg kot, kami disambut mesra oleh SENYUMAN pak guard yang bertugas kat situ. *senyuman jee?  Lepas tu terus masuk dewan dan pengarah projek mula memberi briefing tentang tugasan kepada urusetia yang terlibat. Kemudian kami solat asar bersama dan berjalan-jalan di sekitar kawasan rumah seri kenangan tu. Sempat jugak ambil gambar Mr rabbit yg comel kat situ.


Mr. rabbit

dan lalu mereka pun bergambar


Pada jam 6.00 ptg, atuk dan nenek sudah mula memenuhi kerusi di dewan. ehh. reverse kejap. sebelum depa duk kat kerusi tu. Kami semua sambut mereka dengan pelukan mesra, kucupan kasih yang tidak terhingga tanda memberi penghargaan dan kasih sayang kami kepada mereka yang comel-comel belaka. Secara peribadi, saya memang tak dapat merasa kasih sayang daripada atuk. belah mak dah meninggal, begitu juga yang belah ayah. rasa nak peluk je atuk yang hensem tu. tapi apakan daya, saya mampu memeluk nenek-nenek yang vouge sahaja. :)


               nenek muhaini (nama lebih kurang) dan adik yang naughty yg suka jelir lidah


    nenek Yang (sbb semua org kat sana saYang dia, heehe)  


nenek yang saya peluk tu suka gila makan kek. siap tapao bawak balik hostel lagi. :)


walaupun pada awalnya kelam kabut waktu nak bersiap pergi ke event ni, alhamdulillah saya sempat buat satu kad utk nenek tuu. ada I<3 you lagii. hee :)


Me with nenek, iqbal and seinh. My member waktu jadi Pembantu Mahasiswa sesi MDS yg lepas, Nenek tu tak lah kan. :)


bergambar dgn atuk-atuk pulak. sporting sgt siap buat peace lagi.


Actually banyak lagi nak share, gambar surprise birthday party, gambar kat hostel nenek-nenek. Tapi rasanya cukuplah sampai ni je. Sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini sajaaa~ (mcm pernah dgr kann?) haha. Insyaallah, sangat berharap akan dapat kembali lagi ke rumah seri kenangan ni. Mmg pantas namanya diberi Seri Kenangan, kerana dalam waktu yg singkat sahaja, ia telah mencatatkan kenangan dan memoir yang sangat indah dan berharga di antara kami dan penghuninya.


Genggaman tangan nenek Muhaini yang erat sebenarnya membawa seribu pengertian yang mungkin tak dapat diterjemahkan. I love you nek! :')


Betullah kata orang, seorang ibu boleh memikul beban menjaga 10 orang anak dengan sendirinya, namun belum tentu 10 orang anak itu dapat melaksanakan tanggungjawab mereka menjaga seorg ibu. Program ini sebenarnya banyak memberi gambaran realiti sebenar apa yang berlaku di luar sana, di mana dalam masa yang sama ia membawa keinsafan dalam diri yang kerdil ini yang akan sentiasa berstatus anak! walaupun setelah diijab kabul. Redha Allah terletak di atas redha ibu bapa kita. Selagi sempat mendakap mereka, dakaplah mereka sepuas-puasnya, selagi sempat memohon maaf, pohonlah maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki agar tidak menyesal di kemudian hari dan selagi sempat berbakti, berbaktilahhh walaupun sekadar menggembirakan hati. Wassalam. MUCH LOVE, SPREAD THE LOVE <3 <3 <3

Wednesday, August 1, 2012

Dejavu. Maksudnya?

Assalamualaikum. Salam 1 Malaysia. hee :)


Alhamdulillah diberi kesempatan lagi olehNya untuk terus menulis dan menulis. *walaupun byk merapu, hahahah. Insyaallah. Kita telah berusaha untuk menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam, dan esok?
Jangan pernah untuk berhenti menjadikannya yang  terbaik sekali lagi malah lebih baik okay.

Kenapa saya 'strikethrough' word TER tu? Alasannya adalah, kebiasaan penggunaan perkataan TER akan menjadikan kita lebih suka untuk mengerjakan sesuatu dalam keadaan SENGAJA.  faham tak?? haha. Maksudnya, kita akan buat sesuatu sambil lewa jelah. Sebab semuanya TER- dan TER- kan.

Kalau boleh, jangan biasakan TER- tu tau. Cuba buang dan praktikkan dalam daily life kita. Hasilnya akan membuat kita lebih yakin dengan setiap apa yang kita lakukan. haha.*Pengalaman sendiri ;P
berjelalahh pulak. Actually nak share tentang maksud dejavu. Nahh. ni maksud dia.

Dejavu (bahasa Perancis) bermaksud "pernah dilihat".

•Perkara/situasi yang sedang kita lalui/rasa/lihat SEKARANG,
•"Aku macam pernah lalui benda ni..macam pernah mimpi je...DEJAVU lah !!"

Ini semua gara-gara TERkesan daripada cerita ni. heehe (ni memang tak SENGAJA terkesan)






Mungkin sebab jalan ceritanya yang menarik, dan pasal dejavu tu sendiri telah menjadi pemangkin kepada perasaan ingin tahu yang sangat meluap tinggi. Hoho. Tapi macam biasalah cerita melayu ni. Mula-mula je excited, lepas tu dah boleh predict apa ending dia, jadi malas nak tgk dah. good bye AQASHA. :')

Sehubungan dengan itu, apa yang boleh dikaitkan dengan daily life kita ni, dejavu ni sememangnya wujud di sekeliling kita. Sama ada kita perasan je atau tak. Macam dulu pun saya sendiri pernah mimpi jadi doktor lah, pakai labcoat bagai laahh. dan banyak lagi dejavu yang tidak disenaraikan sebagai contoh di entry ini. Sekali. Dengan izin Allah. memang mimpi tu menjadi realiti. Ni bukti dia. hehe. Alhamdulillah Ya Allah :) tapi.. baru pakai lab coat jeee. Doktor tuuu. Mmmmm. (to be continued =.= ) much love <3 <3 <3  heee :D



*suka lagu OST cerita tu. :)